Sunday, 4 November 2012

Golongan Gelandangan


Malaysia adalah salah sebuah negara membangun yang menghadapi masalah perumahan. Rumah adalah salah satu pelaburan terbesar yang boleh dibuat bagi seseorang individu itu sendiri.

Pada masa kini, dalam mana kita semua sibuk menyelesaikan isu permasalahan dalam perumahan, terdapat golongan yang hampir kita lupakan. Golongan ini adalah golongan gelandangan dimana mereka ini hidup ditepi-tepi jalan, dibawah jambatan mahupun dilorong-lorong sempit dan gelap. Mereka hidup bergantung pada sumbangan dan derma ikhlas dari orang lain

Golongan Gelandangan ini disifatkan sebagai suatu permasalahan yang besar dalam negara dimana bagaimana permasalahan seperti ini boleh berlaku dalam negara kita. Sedangkan kerajaan Malaysia sendiri mempunyai pelbagai strategi bagi membantu semua rakyat Malaysia yang berpendapat rendah.

Dibawah Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) dan Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005), kerajaan Malaysia begitu komited untuk menyediakan perumahan yang mencukupi, berkualiti serta berpatutan untuk semua rakyat Malaysia, terutamanya golongan berpendapatan rendah. Persoalan nya disini adakah perumahan seperti ini mampu dimiliki oleh golongan gelandangan? Bagaimana kerajaan bertindak bagi menyelesaikan permasalahan ini?

Lain pula bila dilihat dari perspektif seorang perancang bandar. Bagaimana pula dengan peranan seorang Perancang Bandar? Bagaimana seorang perancang bandar yang bertauliah mampu membantu golongan yang kurang berkemampuan ini. Adakah dengan menyediakan pelbagai kemudahan mampu mengurangkan beban golongan seperti ini? Sebagai seorang perancang bandar mahupun mana-mana pihak yang berkepentingan perlulah sentiasa peka dengan permasalahan yang terjadi disekeliling. Bukan hanya mahu mengaut keuntungan malah menjaga kebajikan setempat juga perlu bagi memastikan kehidupan yang lebih harmoni.


No comments:

Post a Comment