Monday, 5 November 2012

Open Space VS Technology

Open space / recreation park ataupun dikenali sebagai lokasi dimana manusia berinteraksi antara satu sama yang lain. Pada kebiasaan nya, orang yang ditemui dikawasan-kawasan ini adalah seseorang yang tidak dikenali malah terlalu asing bagi kita. Jarang sekali untuk kita bertemu dengan seseorang yang cukup dikenali seperi saudara, sahabat ataupun rakan sekerja.

Pada zaman yang serba moden ini pelbagai teknologi tinggi yang boleh digunakan sebagai medium untuk berinteraksi. Malah, kebanyakkan daripada kita lebih gemar memilih untuk menggunakan telefon bimbit ataupun laman sosial untuk berinteraksi. Dengan cara ini lebih menjimatkan masa dan tenaga. 

Persoalanya disini bagaimana sesuatu kawasan yang diwujudkan sebagai "open space ataupun recreation park" boleh dijadikan sebagai kawasan berinteraksi. Sedangkan penggunaan teknologi yang meluas lebih digemari sebagai medium untuk berinteraksi antara satu sama yang lain. Sejauh manakah kawasan ini mampu dipertahankan bagi bersaing dengan penggunaan teknologi masa kini. 

Seperti yang kita dapat lihat kebanyakan kawasan lapang yang disediakan untuk kemudahan rekreasi tidak diselenggara dengan baik dan menyebabkan kemudahan ini tidak digunakan dengan sebaiknya. Malahan kawasan ini menjadi kawasan yang terbiar tanpa memanfaatkan penggunaannya yang sebenar. Dalam erti kata lain, penggunaan kawasan rekreasi ini tidak dimanfaatkan sebaiknya.

Dalam permasalahan ini, peranan perancang bandar dilihat sangat penting bagi memastikan kawasan ini dapat bersaing dengan teknologi yang semakin menigkat. Bagaimana sesuatu kawasan itu dibentuk, bagi mendapatkan suasana yang dapat menarik minat orang sekeliling menggunakannya serta mendapat kebaikan daripadanya. Malah dapat mengurangkan penggunaan teknologi sebagai medium berinteraksi serta menjadikan aktiviti untuk berekreasi sebagai aktiviti untuk berinteraksi.

No comments:

Post a Comment